Make your own free website on Tripod.com
Aluan Pengerusi : Membuka majlis dengan umulkitab. Melafazkan syukur ke hadrat Allah Subhanahuwata’la kerana dengan limpah kurnianya dapat mengadakan mesyuarat walaupun beliau tidak dapat lama mengendalikan mesyuarat ini kerana ada urusan yang lebih penting perlu diselesaikan. Beliau mengucapkan ribuan terimakasih atas kehadiran dan penyertaan TELCO dalam mesyuarat ini. Dalam perkembangan teknologi maklumat yang amat pesat sudah tentu negeri Kedah tidak ketinggalan dan pembinaan pemancar telekomunikasi tumbuh seperti cendawan. Dengan adanya perbincangan beliau berharap pihak TELCO dapat memberi kerjasama dengan Kedah-IT yang diberi mandat oleh Kerajaan Negeri Kedah untuk melaksanakan kerja Audit Keselamatan Menara dan struktur komunikasi. Beliau memohon maaf kerana tidak dapat bersama dalam perbincangan ini Maka beliau menyerahkan Pengerusi majlis kepada Tuan Hj Sobri. Mesyuarat diteruskan oleh Tuan Hj Sobri dengan bertaaruf diantara Telco dan KTPC members. Tuan Haji sobri mendoakan agar usrusan YB untuk ke Mekkah berjalan dengan lancar. Beliau amat menghargai atas kerjasama dan kehadiran wakil TELCO. Mengharapkan hubungan diantara TELCO dan Kerajaan Negeri sentiasa baik dengan mengadakan perbincangan yang berkala.